Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi, Founder MAP
Kejayaan anak-anak dalam peperiksaan bergantung kepada prestasi mereka sewaktu dalam peperiksaan.
Segala persediaan menjadi sia-sia dan anak-anak kecewa apabila mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik sedangkan mereka sudah pun bertungkus lumus belajar.
Bayangkan setelah berusaha belajar perkara berikut berlaku sewaktu peperiksaan:
Segala persediaan menjadi sia-sia dan anak-anak kecewa apabila mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik sedangkan mereka sudah pun bertungkus lumus belajar.
Bayangkan setelah berusaha belajar perkara berikut berlaku sewaktu peperiksaan:
- Apa yang dihafal dan dibaca boleh lupa.
- Panik dan tiba-tiba 'blank'. Tak tahu apa-apa.
- Dada berdebar-debar dan berdegup kencang secara keterlaluan.
- Kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku hinggakan soalan mudah pun boleh salah.
- Tidak membaca arahan dengan betul hingga salah menjawab.
- Hilang fokus dan tidak dapat menjawab dengan baik.
- Terlalu fikirkan sangat tentang keputusan peperiksaan hingga tertekan.
Selalu kita dengar, ada pelajar yang gurunya dan ibu bapanya dapat semua A tetapi apabila keluar keputusan peperiksaan, sebaliknya pula yang berlaku. Kasihan kan? Perkara yang hanya boleh dilakukan ketika itu hanyalah reda dan terima sahaja sebagai takdir. Kita lupa, ada ketikanya, keputusan sebegitu berlaku disebabkan kegagalan pelajar itu sendiri mengurus diri dan emosinya ketika menjawab soalan.
Berikut adalah tip menghadapi peperiksaan agar keputusan yang diumumkan nanti setimpal dengan usaha yang diberikan.
Berikut adalah tip menghadapi peperiksaan agar keputusan yang diumumkan nanti setimpal dengan usaha yang diberikan.
- Pastikan alat tulis semuanya lengkap dan pensil semua telah diasah tajam. Beli lebih pensil dan elakkan membuang masa dengan mengasah pensil pada masa peperiksaan. Pastikan juga slip peperiksaan dan kad pengenalan telah diletakkan sekali dengan alat tulis yang mahu dibawa itu.
- Tidur awal dan bangun awal. Ramai pelajar cuba belajar disaat-saat akhir dan jadi 'burung hantu'. Apabila tidak cukup tidur, akan sakit kepala dan otak tidak tajam sewaktu peperiksaan. Jangan lupa baca doa dan berwuduk sebelum tidur.
- Mohon restu dan doa ibu bapa. Selepas solat subuh, terus jumpa ibu bapa dan mohon mereka doakan. Mohon diampunkan segala dosa dan kesalahan sebab selama ini tanpa sedar anak-anak banyak mengguris hati ibu bapa.
- Pastikan ambil sarapan pagi. Otak memerlukan tenaga yang banyak ketika berhadapan dengan peperiksaan. Sebab itulah, jika ibu bapa perasan, anak-anak keletihan selepas habis menjawab soalan peperiksaan. Jadi pastikan anak-anak bersarapan dahulu. Sekurang-kurangnya ambil dua biji telur Omega separuh masak, dua keping roti dan segelas air coklat atau susu.
- Ambil 'supplement' untuk otak. Pemakanan minda yang baik sangat membantu prestasi anak-anak ketika menjawab soalan. Antara pemakanan yang bagus untuk otak ialah kurma, kismis, zaffaran, delima, habatussauda, madu lebah, gingko biloba, badam, zaitun, soya dan seumpamanya. Memang susah untuk anak-anak kita ambil semua pemakanan tersebut dan tidak mungkin mampu makan kesemuanya itu. Untungnya, hari ini sudah ada pemakanan minda seperti JuzQ30 (saya sangat rekomen produk ni) yang mengadunkan semua bahan-bahan tersebut. Satu sudu JuzQ30 sahaja kepekatannya sama seperti mengambil 20 biji kurma!
- Bawa bekal air kosong. Air kosong sangat membantu kesegaran dan kecerdasan otak. Bawa bersama air kosong untuk diminum terutamanya semasa rehat. Badan memerlukan lebih kurang 1.5 liter air setiap hari.
- Pastikan sampai awal ke sekolah. Pergi ke tandas walau pun tidak begitu terasa untuk buang air. Sebab apabila jantung berdegup kencang ketika masuk dewan peperiksaan, masa itulah perut terasa memulas.
- Usah berbincang sebelum masuk dewan. Ucah cari tekanan yang tidak perlu. Apabila berbincang sebelum masuk kelas dan kita tidak tahu apa yang dibincangkan ia bakal mencetus perasaan risau. Fokus kepada apa yang telah dibaca dan dipelajari. Pastikan apa yang telah dibaca itu kita ingat.
- Jika jantung berdegup terlalu kencang, tarik nafas dalam-dalam, fikir positif dan berikan diri dengan kata-kata positif. Otak perlukan oksigen untuk berfikir. Dengan menarik nafas dalam-dalam dan tahan seketika anda membekalkan oksigen yang cukup kepada otak.
- Dengar arahan daripada guru betul-betul. Usah sibuk buat kerja lain. Pastikan anda faham arahan yang disampaikan.
- Ketika duduk terus catatkan formula atau kata kunci penting agar tidak terlupa pada kertas kosong yang disediakan. Jika ada formula atau fakta-fakta yang baru dihafal eloklah dicatatkan segera pada kertas yang disediakan agar tidak lupa.
- Pastikan baca arahan pada kertas soalan. Fahamkan arahan yang diberikan itu. Mungkin ada soalan yang wajib dijawab.
- Ambil masa untuk imbas dahulu semua soalan-soalan yang keluar. Dengan cara itu anda dapat merancang untuk jawab soalan yang mana dahulu. Mulakan dengan soalan yang anda pasti dapat jawab dengan baik. Misalnya, mulakan dengan menjawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
- Baca soalan sampai habis sebelum mula menjawab. Malah baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dengan menggaris setiap kata kunci yang penting. Sudah menjadi tabiat segelintir pelajar yang menjawab soalan tanpa membaca soalan betul-betul kerana terlalu yakin dengan diri.
- Beri masa untuk semak setiap jawapan. Pastikan semua soalan telah dijawab dan ditanda. Sediakan mada dalam lima minit terakhir untuk menyemak semula jawapan.
- Simpan kertas soalan setelah selesai. Tidak perlu buat semakan sebab tiada apa lagi yang boleh diubah. Kita tidak mahu nanti perasaan terganggu untuk berhadapan dengan kertas peperiksaan seterusnya setelah mengetahui banyak kesilapan telah dilakukan semasa menjawab kertas peperiksaan sebelumnya.