Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
  • Utama
  • Motivasi Alihan Pelajar
  • NLP4Students
  • NLP For Business
  • Kursus Pekerja
  • Blog
  • Hubungi Saya
  • JuzQ30
  • Buku
  • Profil Saya
  • BukuPowerParenting
  • BusinessPrivacy
  • joinemailparenting
  • ebookpercuma
  • Product
  • Buku Mudahnya Mendidik

Mencari Bahagia

4/7/2015

 
Picture
Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Artikel ini telah ditulis oleh saya dan pernah diterbitkan dalam Harian Metro beberapa tahun yang lalu.
Perkahwinan adalah satu tuntutan dalam Islam.  Ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dan banyak kebaikan yang akan diperolehi melalui perkongsian hidup melalui perkahwinan ini.  Kebaikan pertama ialah melalui perkahwinan tuntutan batiniah dapat disalurkan secara halal.  Hari ini kita lihat bagaimana pelbagai penyakit akibat daripada hubungan seks yang tidak halal menular seperti siplis, AIDS dan HIV.  Penyakit ini sebenarnya adalah bala yang Allah turunkan kepada mereka yang terlibat dalam perlakuan seks secara haram.  

Kebaikan yang kedua pula ialah bagi tujuan penambahan zuriat secara halal.  Melalui perkahwinan maka kita memperolehi anak-anak dan seterusnya membentuk satu keluarga yang harmoni.  Kasih sayang antara suami dan isteri juga semakin bertambah dengan adanya cahaya mata.  Anak-anak ini pula yang akan membahagiakan kedua ibu bapanya, membantu mereka di hari tua, dan meneruskan empayar keluarga yang telah dimulakan oleh kedua ibu bapa mereka.  

Kebaikan ketiga pula ialah nikmat perkongsian hidup, iaitu apabila sudah bergelar suami dan isteri maka banyaklah perkara yang dikongsikan bersama seperti masalah, pendapatan, perbelanjaan, dan sebagainya.  Apabila suami isteri bekerja maka pendapatan keluarga juga bertambah dan beban dipikul menjadi lebih ringan.  Gabungan pendapatan suami isteri juga membolehkan mereka membuat pinjaman bagi memiliki rumah idaman, memulakan perniagaan, dan seumpamanya.  

Kebaikan keempat ialah hati menjadi lebih tenang kerana orang berkahwin tidak perlu fikirkan soal yang bukan-bukan.  Fokus sahaja pada anak isteri dan usahakan membina sebuah keluarga yang cemerlang.  Ganjaran pahala dan kebajikan juga melimpah ruah.  

Read More

Tip Atasi Marah

2/7/2015

 
Oleh:  Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Artikel tulisan saya ini pernah diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, 9 Jun 2013

Picture
Marah seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. 

Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tulis hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, ia masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, ia mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab.

Lebih hebat lagi, jika boleh untuk tidak marah ketika hati sedang marah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).


Read More

    Author

    Dr. Tengku Asmadi adalah seorang penulis, 'public speaker' dan motivator.

    Archives

    March 2019
    October 2017
    May 2016
    November 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    June 2013
    April 2013
    June 2012
    April 2012
    March 2012
    November 2011
    August 2011

    Categories

    All
    Doa Dan Amalan
    Dunia Pelajar
    Keluarga
    Motivasi Diri
    Rawatan Islam
    Tip Mendidik Anak

    RSS Feed

Designed by Team MAP Training - 013 433 4622