Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
  • Utama
  • Motivasi Alihan Pelajar
  • NLP For Students
  • NLP For Business
  • Kursus Pekerja
  • Blog
  • PowerParenting
  • JuzQ30
  • Hubungi Saya
  • Profil Saya
  • Buku
  • BukuPowerParenting
  • BusinessPrivacy
  • ebookpercuma
  • ecommerce
  • motivasiosem
  • downloadosem
Picture


​KURSUS 2 HARI


MEMPERKASA TENAGA KERJA (EMPLOYEE EMPOWERMENT IN THE WORKPLACE)
​
KIV TAHUN 2019

KLIK DI SINI UNTUK BORANG DAFTAR
Tunjukkan Kursus ini kepada Bahagian HR atau Majikan anda, mereka pastinya berminat untuk berikan peluang kepada anda bersama saya dan menjadi lebih cemerlang dan produktif selepas dua hari. Sebab pelaburan paling utama, penting dan menguntungkan dalam mana-mana organisasi adalah Pelaburan Insan!! Siapa yang tidak mahu keuntungannya syarikatnya melonjak naik berkali ganda hanya kerana pekerjanya bermotivasi tinggi dan pentingkan keberkatan rezeki.
Picture
Ramai majikan, pengurus, bos dan mereka di bahagian HR merungut dengan sikap, disiplin, komitmen, fokus dan produktiviti sesetengah kakitangan atau pekerja di tempat mereka.  Pelbagai program telah dilaksanakan, malah ada yang diberikan gaji atau upah yang tinggi tetapi tetap ada masalah.  Isu sebenar bukanlah isu luaran tetapi isu dalaman diri pekerja itu sendiri.  

Masalah mindset, sikap dan kepercayaan bantut (limiting belief) antara punca masalah.  Seringkali terdengar rungutan, orang kita jika kerja dengan majikan orang kita, macam-macam masalah, tetapi jika bekerja dengan majikan orang lain, rela diperah.  Ini adalah soal cara fikir (mindset) dan ia boleh dibetulkan.

Pekerja baru kurang berpengalaman dan memerlukan banyak bimbingan. Malah kesilapan sering dilakukan dan ada ketikanya kesilapan tersebut sangat kritikal dan melibatkan kos yang tinggi.

Pekerja lama pula, setelah bertahun-tahun melakukan kerja yang serupa dan berada di organisasi yang sama akhirnya luntur motivasi kerjanya. Mereka melakukan kerja sekadar memenuhi tuntutan kerja dan sebagai rutin harian.

Mereka perlukan suntikan baru untuk berada semula pada prestasi puncak (peak performance). Kapak yang sering diguna tapi jarang diasah tidak mungkin mampu menebang pokok dengan pantas dan banyak.  

Kursus dua hari yang dianjurkan oleh MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. ini mampu membantu anda berada di atas landasan yang betul untuk cemerlang dalam kerjaya. 
​
Picture
Objektif utama kursus ini ialah untuk melahirkan pekerja yang tahu dan mahu cemerlang berdasarkan set skil, ilmu dan teknik yang diperolehi selama dua hari. 

Diakhir program nanti peserta akan: 

  • Mempunyai kesedaran diri sendiri yang tinggi akan peranan dan tanggung jawab
    serta harapan yang diamanahkan kepada mereka oleh majikan.

  • Tahu bagaimana untuk mendorong diri sendiri menggunakan Teknik Memperkasa Diri
    yang telah dilatih sepanjang kursus ini. 

  • Mampu menangani bebanan kerja yang pelbagai dan stres di tempat kerja
    menggunakan Teknik Reframing dan Pelaziman Minda.

  • Bijak menggunakan peluang bagi memajukan diri melalui Rahsia Komunikasi Memukau agar dapat kenaikan pangkat atau berpeluang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang. 

  • Peserta tahu bagaimana membina keseronokan bekerja dan merasa tenang
    berada di tempat kerja kerana dia bijak mengendalikan emosinya. 
Picture
Pelaburan paling menguntungkan dalam sesebuah organisasi adalah pelaburan dalam Pembangunan Insan.

Dengan pelaburan yang sedikit ini organisasi akan mendapati: 

  • Pekerja lebih komited terhadap kerja, bersemangat tinggi dan bersungguh-sungguh
    serta seronok dengan tugas mereka. 

  • Produktiviti kerja meningkat dan seterusnya membawa keuntungan yang lebih besar
    kepada syarikat atau organisasi. 

  • Pekerja sayangkan organisasi tempat dia menumpang rezeki dan merasa syukur yang mendalam  serta menjaga keberkatan rezeki yang dibawa pulang untuk keluarganya. 

  • Pekerja menguruskan masanya lebih berkesan dan menghasilkan hasil kerja yang lebih berkualiti. ​
​
  • Pekerja boleh melakukan kerja dengan tahap pengawasan yang rendah dan mampu
    berdikari, bersatu hati serta berkeyakinan tinggi. ​
Picture
Picture
MODUL 1: Perjalanan dan Perancangan Kerjaya  (Your Roadmap, Your Outcome Frame)
  • Kemana penghujung kerjaya anda?
  • Kuasa Matlamat.
  • Anda nampak, anda semangat dan anda dapat.
  • Cara mudah, cepat dan berkesan membina matlamat.
  • Kenapa matlamat dan doa tidak tercapai?
  • Musuh-musuh motivasi diri.
  • Kerja anda, aset diri anda. 

MODUL 2: Mindset dan Paradigma Insan Super
  • Ilmu Mengenal Diri – Jasmani, minda, hati dan roh.
  • Minda Sedar vs Minda Separa Sedar.
  • Cara memprogram minda separa sedar bagi membentuk
  • tingkahlaku positif. 
  • Apa itu Mindset dan Paradigma?
  • Tip Membentuk Mindset Insan Super.

MODUL 3:  Teknik Memperkasa Diri - Prestasi Puncak  (Peak Performance State)
  • Kenapa perlu Memperkasa Diri?
  • Bahasa Minda VAK (Visual, Auditori dan Kinestatik)
  • Halangan minda untuk berubah.
  • Memecah Tembok Tabiat.
  • Demonstrasi Memperkasa Diri.
  • Latihan Memperkasa Diri (Role Play).    

MODUL 4:  Pandai Pikat Naik Pangkat
  • Rahsia Pekerja Cemerlang.
  • Do’s & Don’ts dalam bekerja.
  • Tip Membina Jambatan Emosi.
  • Tip agar menjadi tarikan dan perhatian.
  • Skil bercakap-cakap persuasif.




MODUL 5:  Urus Stres, Cipta Sukses
  • Apa itu stres?
  • Stres positif dan stres negatif.
  • Tip Mengurus Stres.
  • Teknik Pernafasan Tauhid atasi stres.
  • Teknik Reframing (Instant Stress Relief Technique)
  • Bonus: Elemen Paranormal berkaitan stres.

MODUL 6:  Cipta Keseronokan Bekerja
  • Apakah bentuk kepuasan kerja?
  • Tip Mencipta Bahagia dan Keseronokan Bekerja.
  • Perkara yang membunuh rasa seronok.
  • Kuasa Senyuman.


MODUL 7:  Tenang Dengan Keberkatan Rezeki
  • Hidup sebagai satu ibadah.
  • Kerja itu satu amanah.
  • Kuasa Melurus dan Menjurus Niat.
  • Tanda-tanda Rezeki Itu Berkat.
  • Kenapa Rezeki Tertutup?
  • Petua, Doa dan Amalan Membuka Pintu Rezeki.



METODOLOGI KURSUS:
  • Ceramah, 
  • Latihan Dalam Kumpulan, 
  • Tayangan Video, 
  • Demonstrasi Langsung, 
  • Kajian Kes, 
  • Perbincangan, 
  • Permainan, dan 
  • Soal Jawab (Q&A).





Picture

Picture
Y.M. Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Public Speaker, Motivator, Trainer, Penulis dan Inspirator.
  • ​B. Engng (USM), Ph.D (Univ. Of Queensland, Australia)
  • Jurulatih Bertauliah PSMB (TTT/1529)
  • Certified NLP Train The Trainer (Sejak Tahun 1994)
  • Certified ABNLP Coach, Practitioner, LAB Profiles, Timeline Therapy™ 
  • Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)
  • Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. yang sudah 20 tahun dalam bidang latihan.
 
  • Beliau juga sering dijemput sebagai tetamu di:
  • TV3 dalam rancangan MHI, Wanita Hari Ini, Bincang Petang, Al-Hidayah, Al-Kuliyyah, Halaqah 
  • dan Motivasi Pagi (lebih daripada 50 episod telah dirakamkan).  
  • TV1 dan TV2 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dan Inspirasi Pagi (sebelum ini dalam Jendela Pagi dan Suluh Bestari), Cahaya Permata & Fitrah Kasih.  
  • Beliau pernah menjadi Panel Motivasi Tetap setiap minggu dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1, setiap Selasa, jam 9.05 pagi selama 20 minit pada Tahun 2011 dan 2012.  
  • TV9 dalam rancangan Muqadimah, Nasi Lemak Kopi O, Motivasi Murid dan Keluarga di TV9.  Astro Ria dalam rancangan Primadona, Bersama Anita, Malam Ini Bersama Linda, Malam  Ini Z&R, Selami Jiwa bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadilah Kamsah.  
  • Beliau pernah muncul setiap minggu (hari Selasa) selama 8 bulan dalam rancangan bual bicara Awani Pagi di Astro Awani membincangkan topik-topik berkaitan Kekeluargaan dan Keibubapaan (Parenting).
  • Beliau dilantik sebagai konsultan dan Guru Motivasi bagi program realiti di Astro Ria  iaitu MISI 12.  Program ini bertujuan memberikan peluang kedua kepada dua belas orang remaja yang tercicir.
  • Beliau telah dilantik sebagai Tenaga Pengajar Public Speaking (Mualim) bagi peserta  program realiti Imam Muda Musim Ke-3 di Astro Oasis.
  • Beliau juga terlibat sebanyak dua belas (12) episod dalam rancangan ‘Soup For The Soul’ di NTV7.
  • TV Bernama dalam Rancangan Helo Malaysia.
  • TV Al-Hijrah dalam rancangan Bicara, Assalamulaikum dan Misteri Alam Melayu dan Kes Akidah.
  • RMKL, Radio 1, Radio Perak FM, Radio IKIM FM (Rancangan Permata Hati) dan dalam  Segmen 'Dimensi  Diri'  di Radio 24 Bernama.
  • Beliau kini adalah kolumnis bagi Majalah ANIS, Maskulin, Harmoni, Muslimah dan Harian Metro dan ruangan Motivasi Bersama Dr. Tengku Asmadi di akhbar Mingguan Malaysia  (sisipan PancaWarna Ahad) setiap dua minggu.
  • Beliau juga sering pernah menulis di majalah-majalah seperti Mingguan Wanita, FOKUS, iluvislam, RAPI, Majalah-I, Variasi, Wawancara, Feminin, Majalah Ibu Bapa, Cermin, Mingguan Perdana, Inspirator, Berita Harian, Kosmo dan sebagainya.
  • Beliau juga merupakan Penulis Bestseller di syarikat penerbitan PTS Millenia Sdn. Bhd. dan  Utusan Karya Sdn. Bhd. Beliau telah menulis lima buah buku berjudul Motivasi Alihan Pelajar, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif, MAP Gaya Smartstudy, Pikat Remaja Dengan Kata-kata dan Sehati Sejiwa (sebuah buku kekeluargaan).
  • Antara badan-badan yang pernah mendapat khidmat beliau ialah MIDF Property Berhad, PKNS INFRA Berhad, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Proton, PERSTIMA, Agrobank, Bernas, Felda, Risda, MARA, TNB, Sirim, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lembaga Sawit Malaysia (MBOP), KEMAS, SYABAS, LHDN, JPJ, IKBN, Tabung Haji, Telekom, Jabatan-jabatan Kerajaan, Kolej, Universiti dan banyak lagi.



Picture
Picture
Picture
Picture

NORMAL PRICE
RM1,450.00 (seorang)
EARLY BIRD PRICE
​(Before 30 November 2018)
RM1,200.00 (seorang)
GROUP DISCOUNT
FOR 3 PAX AND ABOVE
RM990.00 (seorang)

Cara Pembayaran

Bayaran boleh dibuat sama ada secara tunai, cek, pindahan online, atau secara LO.

Pembayaran secara cek hendaklah ditulis atas nama
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Sila masukkan jumlah bayaran ke akaun berikut:
MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.
Akaun Semasa CIMB:  800 4919 775


Sila simpan Bank Slip sebagai bukti pembayaran dan 
whatsapp ke 012 - 512 1520  atau 013 - 433 4622, atau 

Emel ke drasmadi@gmail.com
​


Terma dan Syarat

  • Pihak kami mempunyai hak untuk menukar tarikh kursus serta tempat.
  • Pihak kami juga berhak untuk membatalkan kursus jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
  • Jika pihak kami yang membatalkan kursus, maka kami akan mengembalikan semula yuran pendaftaran yang telah dibuat.  Kos-kos selain yuran pendaftaran tidak akan kami tanggung.
  • Pihak kami boleh membatalkan penyertaan yang tidak disertai dengan bayaran setelah tarikh bagi membuat pembayaran tamat.
  • Sebarang pembatalan penyertaan hendaklah dibuat dalam masa 1 minggu dari tarikh kursus bagi membolehkan kami mencari pengganti.  Jika kurang daripada masa 1 minggu maka yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
  • Dengan menghantar Borang Penyertaan maka kami berpendapat bahawa segala terma dan syarat dipersetujui.



Urusan Pendaftaran dan Pertanyaan 


Puan Hjh. Nor Sarina 
012 - 512 1520 atau norsarinazakaria@gmail.com 

Cik Tengku Suhaila 
016 - 526 0719 atau daftarkursusmap@gmail.com

ATAU
Whatsapp dengan klik butang di bawah untuk respon lebih pantas.
Picture
Picture
Daftar Sekarang
Designed by Team MAP Training - 013 433 4622