Cuti sekolah datang lagi. Jika masa anak-anak tidak diisi dan dirancang dengan baik maka ia akan berlalu begitu sahaja tanpa aktiviti dan pengisian yang bermakna. Ibu bapa mungkin sudah merancang untuk membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik tetapi selepas itu apa pula aktivitinya?
Masa cuti sebeginilah ibu bapa perlu mengambil peluang meningkatkan kemahiran insani dan kemahiran sosial anak-anak sebagai persediaan menuju alam dewasa. Sebab apabila bekerja nanti, pencapaian akademik yang baik semata-mata bukanlah tiket untuk mereka berjaya. Sebaliknya mereka yang mendapat pendapatan yang besar, kedudukan yang tinggi dalam organisasi, kenaikan pangkat dan sebagainya adalah merupakan orang yang mempunyai pakej yang lengkap. Bukan sahaja berkelulusan tinggi tetapi dalam masa yang sama bijak berkomunikasi, memiliki daya kepimpinan yang berkualiti, bijak bergaul, cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, mempunyai daya tahan atau kekentalan hati dan seumpamanya. Semua ini mudah terhasil jika anak-anak diberikan pendedahan awal. Melentur bulu biarlah dari rebungnya.
Jika kita biarkan anak-anak merancang masa cutinya sendiri maka akhirnya duduk sahajalah mereka di depan televisyen. Bila sudah bosan mulalah melayari internet dengan berfacebook dan berchatting sampai pagi; atau bermain dengan pelbagai bentuk permainan berkomputer sama ada secara online atau sebaliknya. Permainan online ini pula sekali sudah dimulakan akan menjadi ketagih hingga sukar untuk dilupakan. Ia pasti, melarat walau pun sesi sekolah sudah bermula tahun hadapan.
Sesuatu yang sudah menjadi ketagihan sukar untuk dirawat. Oleh itu sebelum menjadi masalah adalah lebih baik ibu bapa sibukkan anak-anak dengan melibatkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Tidak salah kalau mahu mengisi masa lapang dengan bermain, bergaul, berinternet, berseronok dan sebagainya. Namanya pun anak-anak pasti naluri untuk berseronok itu ada. Tapi dalam masa yang sama pastikan juga sebahagian daripada cuti sekolah yang panjang ini digunakan bagi melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang berfaedah.
Berikut adalah beberapa tip dalam memilih aktiviti atau program untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini:
1) Cari aktiviti tersebut yang mementingkan nilai moral atau agama. Lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam maka pilihlah aktiviti yang sesuai dengan syariat agama. Aktiviti tersebut hendaklah tidak melalaikan hingga mengabaikan solat lima waktu. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga perlu dibatasi lebih-lebih lagi jika anak-anak perlu bermalam. Maklumlah remaja ada ketikanya melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir jauh. Apabila sudah berlaku perkara buruk barulah menyesal.
Pilihlah program-program seperti khemah ibadah, program motivasi, seminar bijak belajar, dan sebagainya. Program-program seumpama ini membolehkan pelajar faham halatuju hidupnya, bijak mengurus masa, tahu cara belajar yang betul, mantap sahsiah dan matang cara fikirnya. Meski pun mungkin ibu bapa terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi memasukkan anak-anak ke program-program sebegini namun ia bukanlah pelaburan yang sia-sia bagi masa depan anak-anak.
Anak-anak yang dibekalkan dengan ilmu kehidupan dan kecemerlangan mampu bersaing dan pergi lebuh jauh berbanding dengan mereka yang tidak pernah diberikan pendedahan.