Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Artikel tulisan saya ini pernah diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, 9 Jun 2013
Artikel tulisan saya ini pernah diterbitkan dalam Mingguan Malaysia, 9 Jun 2013
Marah seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya.
Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tulis hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Apabila marah dan kecewa sekali pun, ia masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, ia mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab.
Lebih hebat lagi, jika boleh untuk tidak marah ketika hati sedang marah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

TINDAKAN SEGERA KETIKA RASA MARAH
TINDAKAN JANGKA PANJANG
- Banyakkan berzikir dan menyebut nama-nama Allah dalam asmaul husna .
- Minum air dan berdoa.
- Baca ta'awwuz dengan bermaksud ‘aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’. Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
- Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
- Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan mara buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu. Ketenangan lebih mudah diperolehi apabila kita tidak berdepan dengan orang yang membuatkan kita rasa marah.
- Mengambil wuduk. Kerana marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan oleh air.
- Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, “Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa yang boleh dipelajari darinya?”
- Baca selawat atas Nabi s.a.w beberapa kali.
TINDAKAN JANGKA PANJANG
- Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.
- Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran, ingat Allah - Kehadiran oksigen dapat kurangkan kemarahan .
- Ingat, bukan kita sahaja boleh marah, orang lain pun boleh marah juga. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat dari kita.
- Bagi seseorang yang tahu bahawa dirinya memang jenis pemarah atau panas baran maka eloklah mengambil langkah-langkah jangkan panjang seperti berikut: Melakukan amalan - solat taubat, buat baik, baca quran , puasa sunat , bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
- Menjaga diet pemakanan - makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.
- Kegiatan Fizikal - Badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi. Orang yang sakit dan letih, sukar mengawal emosi.
- Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya.
- Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya. Kerana orang yang alim itu mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesutu