Oleh:
Dr. Hj. Tengku Asmadi
Pakar Motivasi / Education Consultant
Dr. Hj. Tengku Asmadi
Pakar Motivasi / Education Consultant
Ibu Bapa WAJIB ajar pentingnya NILAI MURNI dalam hidup pada anak-anak.
Teringat sewaktu kecil dulu sewaktu pulang dari sekolah saya terjumpa duit 50 sen. Punyalah seronok, balik terus beritahu pada emak (al-fatihah buat Allahyarhamah Bonda ku). Emak tanya, "Mu dapat dari mana duit tu Madi?". "Jumpa tepi jalan mak", jawab saya.
Mak terus bersuara keras, "Mu tahu dok, setiap barang hok bukan milik mu tu ada Tuan? Kalu Tuan dia cari, dok jumpa, sebab mu ambik. Mu pergi letak balik duit 50 sen tu kat tempat mu jumpa sekarang!" Suara emak memang garang.
Saya terus bergegas patah balik berjalan kaki hampir 1 km semata-mata letakkan balik duit kat tempat saya jumpa. Itu nilai yang ibu saya terapkan dan kekal menjadi pegangan saya sampai ke hari ini. 50 sen pada Tahun 1974 adalah nilai yang besar. Tetapi arwah emak saya telah berikan pada saya nilai yang lebih berganda-ganda besarnya.

SAYA TANAM NILAI YANG SAMA DALAM DIRI ANAK
Sewaktu duduk di Ipoh, saya bawa anak-anak saya ke MPH di Jusco Ipoh. Masa tu anak sulong saya masih lagi bersekolah rendah. Kini usianya 28 tahun.
Ketika selesai memilih buku-buku untuk dibeli, saya terus membuat bayaran. Setibanya di rumah, ketika membuka beg plastik dan mengeluarkan buku-buku yang telah dibeli, ada pensil yang saya sangat pasti masa bayar memang tak ada. Saya tanya isteri kalau-kalau dia yang beli. Isteri kata tidak.
Jantung saya terus berdegup kencang. Saya pasti anak lelaki saya yang ambil dan diam-diam dia masukkan pensil itu ke dalam beg plastik, tanpa membayarnya.
Saya terus panggil anak. Saya tidak tanya sama ada itu perbuatannya atau tidak. Sebab dia sahaja yang bersama saya dalam MPH. Kalau saya tanya dia, saya secara tidak langsung mendorong dia untuk berbohong dan berkata, "Tidak". Cukuplah dengan satu kesalahan, usah dorong dia buat kesalahan kedua pula.
Saya cakap pada anak, "Safwan, daddy tahu Safwan telah ambil pensil ini dan masukkan ke dalam beg plastik tanpa membayarnya. Safwan tahukan perbuatan itu adalah mencuri. Mengambil hak orang itu salah. Kalau Safwan mahu lain kali minta, bukan curi. Daddy tidak ajar anak daddy perangai macam ni. Perbuatan ini Nabi marah. Allah pun marah."
"Sekarang, bawa pensil ni, ikut daady semula ke MPH dan Safwan pulangkan sendiri di kaunter".
Saya terus bawa anak masuk kereta dan memandu semula ke Jusco. Terus ke Kedai Buku MPH, dan suruh anak saya pulangkannya ke kaunter sambil minta maaf sebab ambil tanpa bayar.
Saya tidak membeli pensil itu. Saya juga tidak membayar pensil itu. Saya suruh anak saya pulangkan dan kami terus patah balik. Sebab saya tidak mahu ajar anak saya bahawa jika dia ambil sesuatu tanpa izin, dia akan dapat juga sebab ayah akan bayarkan. Saya kena berhati-hati dengan nilai yang saya mahu tanam dalam diri anak saya.
Alhamdulillah. Anak saya ini membesar kini dengan nilai yang baik dalam dirinya. Sekarang sudah pun bekerja di sebuah syarikat swasta, Oil & Gas.

Masukkan anak-anak ke Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah saya wujudkan sejak Tahun 1995 lagi. Sehingga kini lebih 300,000 pelajar telah menyertainya.
Klik link berikut: Kursus Motivasi Alihan Pelajar Atau Whatsapp: www.wasap.my/60134334622/NakInfoKursusMAP |