Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
NOTA: Artikel ini telah disiarkan dalam Harian Metro, Sabtu, 30 Julai 2011
Azali Azlan adalah seorang pelajar Sek. Men. Agama di Yan, Kedah, yang telah menjadi pelajar cemerlang dalam keputusan SPM Tahun 2007 dengan mendapat 21A. Apabila ditanya rahsia kecemerlangannya Azali Azlan menjelaskan bahawa beliau banyak berpuasa, minum susu, makan kurma dan madu. Malah ramai lagi pelajar yang mengamalkan berpuasa apabila berdepan dengan tahun peperiksaan. Hasilnya, pelajar-pelajar ini menjadi pelajar yang cemerlang.
Kebetulan bulan Ramadan datang sebelum tibanya peperiksaan penting iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Para pelajar perlu merebut peluang ini sebaik-baiknya dan membetulkan persepsi masing-masing bahawa datangnya bulan Ramadan sebelum bulan peperiksaan merupakan satu rahmat dan kelebihan.
Puasa memberikan kita lebih fokus.
Apabila seorang pelajar itu menjaga puasanya bermakna dia tidak akan membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, melayari internet, bersembang, melepak dan sebagainya. Dengan mengurangkan gangguan-gangguan sebegini pelajar akan mudah untuk fokus kepada pelajarannya. Biasanya, apabila bulan puasa tiba anak-anak lebih gemar berada di rumah berbanding di luar. Ini membolehkan mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan mengulangkaji pelajaran. Puasa juga memberikan kelebihan kepada fizikal dan mental seseorang dan ini meningkatkan kemampuan pelajar untuk memahami, mencerap, mengolah dan mengingat setiap apa yang dipelajari.
Puasa memberikan kita lebih masa.
Biasanya, dalam bulan Ramadan semua orang memulakan masanya lebih awal. Malah waktu persekolahan juga dipendekkan dengan pelajar-pelajar dibenarkan pulang lebih awal dari biasa. Tambahan pula pelajar tidak perlu bergegas ke kantin untuk makan pagi dan tengahari. Ini memberikan lebihan masa kepada para pelajar dan jika pelajar bijak memanfaat dan mengurus masanya maka dia akan mempunyai banyak masa bagi mengulangkaji pelajarannya. Kelebihan seperti ini tidak ada pada bulan-bulan biasa oleh itu manfaatkanlah Ramadan sebaik-baiknya.
Perut yang kenyang merangsang rasa malas dan mengantuk.
Pada bulan-bulan biasa pelajar cenderung untuk makan dengan banyak pada waktu tengahari dan mengantuk serta malas di waktu petang. Malah ramai juga pelajar yang mengantuk dan malas meskipun masih lagi berada diwaktu pagi. Perut yang kenyang adalah antara penyebab kepada masalah malas dan mengantuk ini. Dengan berpuasa, masalah ini dapat diatasi. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
Bulan Ramadan memudahkan kita bangun awal.
Waktu belajar yang paling sesuai adalah di awal pagi. Oleh itu pelajar digalakkan untuk tidur awal dan bangun seawal jam 4.00 pagi. Apabila bangun, buatlah solat tahajud dan solat hajat kemudian mulalah menelaah pelajaran. Bangun di awal pagi memberikan pelajar beberapa kelebihan seperti suasana yang nyaman dan tenang, udara yang segar, tiada gangguan, badan yang segar setelah rehat dan minda yang lebih fokus. Oleh itu manfaatkanlah waktu bulan Ramadan ini sebaik-baiknya untuk belajar dan beribadah.
Doa orang berpuasa dimakbulkan.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi saw bersabda, "Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." Dan dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi saw bersabda, "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir". Jelas di sini kelebihan orang yang berpuasa iaitu doanya dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu, pelajar mesti menggunakan bulan Ramadan ini sebaik-baiknya berdoa kepada Allah agar ditingkatkan kefahaman, dipermudahkan urusan, diterangkan hati dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hak pelajar hanyalah berusaha sebaik mungkin tetapi keputusan sebenar tetap dalam ketentuan Allah. Berdoalah agar apa yang dibaca dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan. Juga berdoalah agar diri mampu melakukan yang terbaik sewaktu dalam dewan peperiksaan.
Bulan Ramadan adanya Malam Lailatulqadar.
Kita semua sedia maklum yang dalam bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatulqadar. Inilah malan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap hamba Allah yang beriman. Oleh itu, sentiasalah bangun malam berqiamullail dan berharap agar bertemu dengan malah yang hebat ini agar permohonan kita diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah. Dengan izin Allah, maka pelajar mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan tiada yang mustahil selagi ada kemahuan dan keyakinan.
SEKIAN.

Seminar dua hari Motivasi Alihan Pelajar
Sempena bulan Ramadan ini MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. menganjurkan dua program Motivasi Alihan Pelajar iaitu di Johor Bahru pada 13 – 14 Ogos 2011 dan di Kuala Lumpur pada 20 – 21 Ogos 2011. Istimewanya program dalam bulan Ramadan ini ialah tawaran diskaun sehingga lima puluh peratus (50%) diberikan bagi pendaftaran yang kedua. Malah setiap pendaftaran yang dibuat dalam bulan Ramadan ini akan diberikan diskaun sebanyak lima puluh ringgit. Disamping itu pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan amalan-amalan zikir serta doa-doa mustajab bagi diamalkan sepanjang Ramadan ini. Seminar dua hari ini telah terbukti mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan. Untuk mengetahui tentang lokasi serta tarikh seminar yang terkini mohon hubungi pejabat Motivasi Alihan Pelajar iaitu 03-22734622 / 016-5580719 atau 05-3134622 / 016-5580619 atau layari laman web kami di www.laman-map.com.
Hubungi Kami:
Pejabat MAP Kuala Lumpur 03 - 22734622, 03 - 22730622, 016 - 5580719
Pejabat MAP Ipoh 05 - 3134622, 05 - 3136601 atau 016 - 5580619
Daftar online di http://www.mindaplus.com/daftar
Maklumat lanjut di http://www.laman-map.com