Cuti sekolah datang lagi. Jika masa anak-anak tidak diisi dan dirancang dengan baik maka ia akan berlalu begitu sahaja tanpa aktiviti dan pengisian yang bermakna. Ibu bapa mungkin sudah merancang untuk membawa anak-anak bercuti ke tempat-tempat yang menarik tetapi selepas itu apa pula aktivitinya?
Masa cuti sebeginilah ibu bapa perlu mengambil peluang meningkatkan kemahiran insani dan kemahiran sosial anak-anak sebagai persediaan menuju alam dewasa. Sebab apabila bekerja nanti, pencapaian akademik yang baik semata-mata bukanlah tiket untuk mereka berjaya. Sebaliknya mereka yang mendapat pendapatan yang besar, kedudukan yang tinggi dalam organisasi, kenaikan pangkat dan sebagainya adalah merupakan orang yang mempunyai pakej yang lengkap. Bukan sahaja berkelulusan tinggi tetapi dalam masa yang sama bijak berkomunikasi, memiliki daya kepimpinan yang berkualiti, bijak bergaul, cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, mempunyai daya tahan atau kekentalan hati dan seumpamanya. Semua ini mudah terhasil jika anak-anak diberikan pendedahan awal. Melentur bulu biarlah dari rebungnya.
Jika kita biarkan anak-anak merancang masa cutinya sendiri maka akhirnya duduk sahajalah mereka di depan televisyen. Bila sudah bosan mulalah melayari internet dengan berfacebook dan berchatting sampai pagi; atau bermain dengan pelbagai bentuk permainan berkomputer sama ada secara online atau sebaliknya. Permainan online ini pula sekali sudah dimulakan akan menjadi ketagih hingga sukar untuk dilupakan. Ia pasti, melarat walau pun sesi sekolah sudah bermula tahun hadapan.
Sesuatu yang sudah menjadi ketagihan sukar untuk dirawat. Oleh itu sebelum menjadi masalah adalah lebih baik ibu bapa sibukkan anak-anak dengan melibatkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Tidak salah kalau mahu mengisi masa lapang dengan bermain, bergaul, berinternet, berseronok dan sebagainya. Namanya pun anak-anak pasti naluri untuk berseronok itu ada. Tapi dalam masa yang sama pastikan juga sebahagian daripada cuti sekolah yang panjang ini digunakan bagi melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang berfaedah.
Berikut adalah beberapa tip dalam memilih aktiviti atau program untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ini:
1) Cari aktiviti tersebut yang mementingkan nilai moral atau agama. Lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam maka pilihlah aktiviti yang sesuai dengan syariat agama. Aktiviti tersebut hendaklah tidak melalaikan hingga mengabaikan solat lima waktu. Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga perlu dibatasi lebih-lebih lagi jika anak-anak perlu bermalam. Maklumlah remaja ada ketikanya melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir jauh. Apabila sudah berlaku perkara buruk barulah menyesal.
Pilihlah program-program seperti khemah ibadah, program motivasi, seminar bijak belajar, dan sebagainya. Program-program seumpama ini membolehkan pelajar faham halatuju hidupnya, bijak mengurus masa, tahu cara belajar yang betul, mantap sahsiah dan matang cara fikirnya. Meski pun mungkin ibu bapa terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi memasukkan anak-anak ke program-program sebegini namun ia bukanlah pelaburan yang sia-sia bagi masa depan anak-anak.
Anak-anak yang dibekalkan dengan ilmu kehidupan dan kecemerlangan mampu bersaing dan pergi lebuh jauh berbanding dengan mereka yang tidak pernah diberikan pendedahan.

2) Cari aktiviti yang selamat untuk disertai. Remaja sukakan cabaran. Memang cabaran itu bagi meningkatkan keberanian, jatidiri dan semangat juang anak-anak. Tetapi apa juga risiko yang mahu diambil biarlah dalam kepasiti kemampuan anak dan mengikut peraturan dan perundangan. Pastikan ada insuran yang melindungi anak-anak sebab malang tidak berbau dan sukar dihidu.
3) Cari aktiviti yang meningkatkan kemahiran sosial. Dengan adanya kemahiran sosial anak-anak lebih mudah dan selesa berinteraksi dengan rakan-rakannya dan orang dewasa. Dia juga mudah berkawan meski pun di tempat yang baru. Dia juga dapat bertindak lebih hikmah dan bijaksana dalam situasi yang berbeza. Persediaan ini penting lebih-lebih lagi jika anak kita mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh atau ke kolej.
Anak-anak yang tinggi kemahiran sosialnya biasanya akan cepat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah dan bijak bergaul dan ini membuatkan mereka lebih cemerlang.
4) Aktiviti yang mahu dilakukan itu hendaklah meningkatkan kualiti diri. Cuba letakkan matlamat agar setiap kali cuti sekolah maka ada ilmu baru yang diketahui atau kemahiran baru yang diperolehi oleh anak-anak. Misalnya jika mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris maka gunalah cuti sekolah ini bagi memasukkan mereka ke kelas intensif Bahasa Inggeris.
Boleh juga manfaatkan cuti sekolah bagi mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Arab dan Bahasa Cina. Bahasa Inggeris penting sebab ia bahasa komunikasi utama di dunia dan kebanyakan buku-buku rujukan ditulis dalam bahasa ini. Bahasa Arab pula penting kerana ia bahasa al-quran. Menguasai Bahasa Arab membolehkan kita lebih memahami isi kandungan al-quran setiap kali membacanya. Malah ia sangat membantu apabila satu hari kita pergi menunaikan umrah di Mekah.
Bahasa Cina pula penting sebab ia kaum Cina adalah merupakan kaum yang kedua terbesar di Malaysia. Apabila kita pandai bercakap Cina, mudahlah berurusan dengan mereka. Ia bahasa ekonomi, bahasa yang boleh buat duit.
5) Cari aktiviti yang mampu membentuk mindset yang positif serta merangsang perubahan sikap. Ramai anak-anak yang gagal dalam pelajaran atau kehidupan bukan disebabkan mereka tidak bijak sebaliknya adalah disebabkan masalah sikap. Ada juga yang mempunyai imej diri yang negatif dan sentiasa merasakan bahawa dirinya tidak cukup hebat, tidak pandai, tiada keyakinan diri dan seumpamanya. Pendek kata estim diri mereka rendah. Sebab itulah ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak-anak mereka membina estim diri ini dengan memasukkan mereka ke program-program motivasi.
6) Cari aktiviti yang melibatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Setiap kali cuti sekolah banyak pertubuhan belia dan NGO yang menjalankan program-program kemasyarakatan. Cuba aktifkan diri dengan menghadiri program-program yang dianjurkan. Cuma pastikan aktiviti yang disertai itu bukan sekadar mendapat keseronokan sahaja tetapi sebaliknya memberikan kesedaran, ilmu dan kemahiran tertentu yang boleh dimanfaat nanti.
7) Masukkan anak-anak ke dalam kursus atau program yang sudah lama bertapak, memiliki pengalaman luas dan terbukti hasilnya berdasarkan testimoni ibu bapa dan peserta. Misalnya, kursus Motivasi Alihan Pelajar yang dianjurkan oleh MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. sudah pun wujud hampir 20 tahun dan telah dihadiri oleh lebih daripada 500,000 pelajar. Testimoni dari bekas-bekas pelajar membuatkan kursus MAP ini sentiasa menjadi pilihan setiap kali musim cuti sekolah bermula.
Malah, kami di MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. juga telah merancang program Motivasi Alihan Pelajar sepanjang musim cuti sekolah ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh. Program motivasi ini bertujuan membentuk sikap positif, meningkatkan kemahiran sosial, memberikan kesedaran tentang aspek kecemerlangan dan mendorong anak-anak mendekatkan diri kepada Allah.
Program ini terbuka kepada anak-anak yang berusia 9 hingga 19 tahun dan dijalankan dalam bentuk seminar selama dua hari. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi 03-91013622, 016-5580719, 016-5580619 atau layari http://www.tengkuasmadi.com/motivasi-alihan-pelajar.html