Oleh:
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Education Consultant / Founder MAP
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
Education Consultant / Founder MAP
Setelah hampir 25 tahun menjalankan Kursus Motivasi Alihan Pelajar untuk anak-anak, saya dapati ramai ibu bapa sanggup keluarkan duit untuk akademik tetapi tidak ramai yang sanggup berkorban untuk kembangkan bakat anak.
Salah satu cara untuk mengetahui bakat anak ialah dengan memberikan mereka peluang mencuba pelbagai perkara baru dalam hidupnya. Dari situ, anak sendiri dapat rasakan permainan atau aktiviti apakah yang dia mampu lakukan dengan baik dan memiliki minat serta kecenderungan.
Keluarkan Sedikit Perbelanjaan
Langkah seterusnya adalah penting. Keluarkan sedikit perbelanjaan untuk berikan peluang anak dilatih oleh jurulatih bertauliah atau berpengalaman. Seorang jurulatih yang berpengalaman dapat mengenalpasti sejauh mana anak kita mampu pergi dalam sesuatu bidang itu. Misbun Sidek misalnya, dia tengok anak pegang raket pun dia tahu dah sama ada anak kita berbakat dalam badminton atau sebaliknya.

Anda mungkin pernah lihat rancangan nyanyian The Voice. Yang mana penyanyi profesional yang menjadi mentor/jurulatih pada peringkat audition duduk membelakangkan peserta dan menilai seseorang itu hanya melalui suaranya. Jika dia suka, dia tekan butang dan kerusinya berpusing dan barulah dia dapat lihat peserta tersebut.
Apa yang menariknya, ada ketika peserta baru sahaja menyanyi dua tiga patah perkataan tetapi semua keempat-empat jurulatih berebut-rebut menekan tombol dan memusingkan kerusi memilih peserta tersebut. Kenapa? Sebab mereka tahu apa yang kita orang biasa tidak tahu. Itulah namanya skil dan pengalaman.
Sebab itulah untuk mengeluarkan emas dari dalam diri anak, perlu keluarkan sedikit wang.
Anak-anak yang berbakat melukis kalah dalam pertandingan melukis dengan anak-anak yang kurang berbakat disebabkan anak yang asalnya kurang berbakat itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke Kelas Lukisan. Maka anak itu mempelajari Teknik Melukis yang betul yang tidak diketahui oleh anak kita yang mungkin lebih berbakat itu. Rugikan?
Anak-anak yang petah bercakap kalah berpidato dengan anak yang asalnya bercakap pun takut buka mulut. Hanya kerana ibu bapa anak itu telah masukkan dia ke Kelas Public Speaking lalu dia menguasai Teknik Bercakap dan Berucap yang betul. Rugikan anak kita?
Nicol Ann David, ibu bapanya telah masukkan dia ke kelas squash sejak usianya 9 tahun. Lihat apa yang berlaku selepas itu, 10 tahun berturut-turut Nicol menjadi Pemain No. 1 Dunia dan menjadi Juara Remaja Dunia ketika usianya 15 tahun. Untungkan Nicol Ann David, dapat ibu bapa yang begitu
Anak Yang Tinggi Estim Diri Akan Turut Berikan Yang Terbaik Dalam Akademiknya
Satu perkara yang ibu bapa mesti faham, apabila ibu bapa menyokong minat dan kecenderungan anak dalam bakatnya, maka secara tidak langsung hubung ibu bapa dan anak lebih rapat. Apabila hubungan rapat, ia adalah peluang untuk ibu bapa menasihati anak agar seimbangkan bakat dengan pelajaran akademiknya.
Anak keempat saya, sewaktu Tingkatan 1 kena sakit gastrik yang teruk. Kesannya dia terpaksa saya keluarkan daripada asrama dan tidak bersekolah berbulan-bulan. Ini memberikan kesan terhadap prestasi akademiknya.
Sebagai bapa saya memahami tekanan dan situasinya. Saya tidak pernah tekan dia untuk belajar. Saya pesan agar dia belajar mengikut 'pace' sendiri dan saya terima apa juga keputusan peperiksaannya.
Naik Tingkatan Dua dia berminat denha sukan hoki. Saya belikan kayu hoki, bola hoki, kasut, pakaian sukan dan beg untuk dia. Saya masukkan dia ke kursus latihan hoki di bawah kendalian Jurulatih Profesional apabila cuti sekolah tiba.
Hasilnya, apabila masuk Tingkatan 3, dia seronok dengan sokongan yang saya berikan padanya, dia mendengar nasihat dengan baik dan mula rajin belajar atas kemahuannya sendiri. Hinggakan guru-guru puji akan kerajinannya itu.
Itu adalah contoh yang boleh saya kongsikan.
Begitulah juga dengan Kursus Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Ia bukan kursus biasa-biasa yang mana asal anak-anak ada program cuti sekolah maka cukuplah. Sebaliknya ia kursus yang dikendalikan oleh saya dan team yang telah hampir 25 tahun pengalaman. Dengan ratusan pelajar telah menghadirinya dan beribu testimoni daripada ibu bapa dan pelajar sendiri maka ia bukti bahawa anak anda bakal mendapat yang terbaik selama dua hari berkursus.
Sebab itulah ada pelajar saya yang dari Kelas Corot naik ke kelas pertama dan kedua. Ada yang dulunya dapat No. 40 boleh dapat No. 1, 2 atau 3. Yang dulunya tidak pernah dapat A akhirnya boleh dapat semua A. Kenapa? Sebab mereka tahu sesuatu yang ramai pelajar-pelajar lain tidak tahu. Maka mereka dapat rasakan bahawa Belajar Itu Mudah dan Menyeronokkan. Tapi itulah, hanya ibu bapa yang berani melabur untuk anak-anak yang akan melihat hasilnya.
Tetapi Kursus MAP bukan untuk kejayaan akademik semata-mata. Ia adalah kursus untuk mengubah mindset anak-anak dan mendorong perubahan sikapnya. Ia merangkumi aspek perkembangan Akal (IQ), Jiwa (EQ) dan Rohani (SQ). Ia membuatkan anak-anak berani untuk tampil ke depan berpidato di hadapan ratusan orang meski pun itu adalah kali pertamanya. Ia menanam kekuatan akidah dan tauhid yang mantap dalam diri anak. Ia membuatkan anak tahu tanggung jawabnya dan sedar menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Ia mendorong anak-anak merebut pelbagai peluang yang ada di sekolah selepas itu.