Pupuk Bakat DiAwal Usia
Oleh: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
Isunya:
Contoh bakat yang membawa pendapatan:
Melukis (komik), bertukang, mengurut, mengandam, bersolek, fotografi, menggubah, bersukan, dan sebagainya.
Mindset ibu bapa yang perlu diperbetulkan:
Isunya:
- Ibu bapa terlalu utamakan kejayaan akademik. Malah ada yang obses semua ‘A’.
- Tidak semua anak akan berjaya dalam akademik.
- Kita tidak sedar bahawa bakat membolehkan anak mencari rezeki dan tidak menganggur.
- Malah bakat boleh menjadi pendapatan sampingan.
- Apabila bakat lambat dipupuk, anak rugi dan negara juga rugi.
Contoh bakat yang membawa pendapatan:
Melukis (komik), bertukang, mengurut, mengandam, bersolek, fotografi, menggubah, bersukan, dan sebagainya.
Mindset ibu bapa yang perlu diperbetulkan:
- Setiap anak itu unik.
- Setiap anak Allah telah tentukan rezekinya.
- Bukan pelajaran sahaja yang penting.
- Setiap tingkahlaku ada positifnya.
- Bakat dan minat itu berbeza. Anak mungkin minat (pengaruh) tapi dia tidak berbakat.
- Mengenali bakat diperingkat awal membolehkan kita memupuk dan mengembangkannya.
Jom sertai Konvensyen Power Parenting pada 30 Julai 2016.
Call / SMS / Whatsapp 0134224622
Bagaimana Mengenali Bakat Anak?
Berikan perhatian kepada anak. Teliti betul-betul perkembangannya. Lihat apa yang dia boleh lakukan dengan baik. Berikan anak tugasan yang pelbagai. Dampingi anak ketika dia melakukan aktiviti dan bermain.
Lihat dalam keluarga dan keturunan, apa kebolehan istimewa yang ada. Berkemungkinan besar anak kita memilikinya juga. Oleh itu cubalah asuh dan lihat hasilnya.
Jalankan ujian psikometri. Ujian psikometri memerlukan anak-anak menjawab beberapa soalan, malah ada yang disediakan secara online.
Ia membolehkan ibu bapa mengenali kecerdasan pelbagai anak (Dr. Howard Gardner, 1983).
Lihat dalam keluarga dan keturunan, apa kebolehan istimewa yang ada. Berkemungkinan besar anak kita memilikinya juga. Oleh itu cubalah asuh dan lihat hasilnya.
Jalankan ujian psikometri. Ujian psikometri memerlukan anak-anak menjawab beberapa soalan, malah ada yang disediakan secara online.
Ia membolehkan ibu bapa mengenali kecerdasan pelbagai anak (Dr. Howard Gardner, 1983).
- Bahasa ("word smart"):
- Logik-Matematik ("number/reasoning smart")
- Spatial/Ruang ("picture smart")
- Jasmani Kinestatik ("body smart")
- Muzik ("music smart")
- Interpersonal ("people smart")
- Intrapersonal ("self smart")
- Alam Semulajadi - Naturalis ("nature smart")
- Spritual - Agama
Cara Pupuk Bakat Anak
- Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya.
- Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai.
- Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan.
- Kemukakan pertanyaan.
- Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga.
- Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar.
- Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.
- Kongsikan pengalaman pekerjaan anda.
- Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria.
- Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.
- Jangan memanggil atau melabel anak anda dengan sesuatu panggilan atau label yang negatif kerana ia akan menghadkan keazamannya untuk mengembangkan keistimewaan dalamannya.
- Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.
- Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.
- Sediakan bahan-bahan rujukan untuk anak anda menjelajah dunia ini.
- Benarkan anak anda mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti yang ia minati.
- Gunakan senda-gurau, jenaka dan cerita rekaan untuk menggalakkan kreativiti mereka.
- Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan.
- Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.
- Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.
- Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.
- Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.
- Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.
- Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had). Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.
- Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.
- Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.
- Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.
- Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.
- Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.
- Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.
- Hargai hasil-hasil ciptaan dan rekaan anak anda.