Apa Juga Berlaku, Salahkan Diri Sendiri
Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
www.facebook.com/drasmadi
[email protected]
Artikel ini telah dikeluarkan dalam ruangan 'Motivasi Bersama Dr. Tengku Asmadi', Mingguan Malaysia, 7 April 2013
Baru-baru ini saya menjalankan satu program motivasi untuk para pekerja. Kebanyakan yang datang ditanggung oleh majikan masing-masing kecuali beberapa orang sahaja yang hadir dengan perbelanjaan sendiri. Menariknya, ketika saya tanyakan apa masalah di tempat kerja maka pebagai maklumbalas yang telah saya terima. Ada yang stres kerana bos menganaktirikan dia. Ada yang kata rakan sekerja kaki ponteng hingga mereka terpaksa lakukan lebih banyak kerja dan memikul tugas orang lain. Ada yang kata organisasi tempat mereka bekerja tidak menghargai pekerja dan pelbagai lagi luahan hati mereka.

Semua luahan itu mempunyai persamaan yang ketara iaitu menyalahkan orang lain dan tidak diri sendiri. Apabila kita mahukan sesuatu dan mengharapkan pihak lain yang berubah maka berkemungkinan perubahan itu tidak akan berlaku, atau kalau berlaku sekali pun, lambat. Hasilnya kita kecewa, tertekan dan hampa. Inilah situasi yang dapat dilihat setiap hari dan di mana-mana sahaja sama ada dalam pekerjaan, pelajaran, perniagaan, pengurusan, kepimpinan dan sebagainya. Kita lihat di luar diri dan tidak melihat ke dalam diri.
Dengan melihat masalah berada di luar diri, maka kita tidak mencari ruang untuk lakukan perubahan. Kita selesa dengan diri sendiri dan akhirnya tiada peningkatan atau kemajuan dalam hidup. Sebaliknya jika kita ambil tanggung jawab dan menyalahkan diri sendiri maka kita terbuka kepada perubahan.
Allah berfirman dalam al-Quran yang mafhumnya:
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu." (QS. As Syura, 42 : 30)
Jelas sekali kita tidak boleh menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku kecuali diri sendiri.
Salahkan diri sendiri.
Apabila kita menyalahkan diri sendiri, kita berkuasa dalam menentukan hala tuju, aksi dan juga reaksi.
Berikut adalah beberapa contoh:
Bagaimana mungkin aku naik pangkat, sedangkan bos tidak sukakan aku? (SALAHKAN ORANG)
Bagaimana mungkin aku naik pangkat, sedangkan sehingga hari ini aku masih belum tahu cara untuk membuatkan bos suka aku? (SALAHKAN DIRI)
Cuba perhatikan ayat-ayat di atas, apabila kita salahkan bos, maka fikiran jadi buntu dan diri kita tidak berkuasa berbuat apa-apa. Sebaliknya apabila kita salahkan diri sendiri, secara tidak langsung kita berkuasa untuk melakukan perubahan dan sentiasa mengawal keadaan. Secara tidak langsung ia memberikan kita harapan. Dalam kes di atas bukan bos yang bersalah tetapi kita yang bersalah sebab masih belum tahu cara untuk membuatkan bos sukakan kita. Oleh itu, kitalah yang perlu fikirkan apa yang boleh dilakukan atau yang belum dilakukan lagi untuk membuatkan bos suka.
Mari kita lihat pula contoh berikut:
Macam mana berniaga boleh untung, ekonomi kurang bagus sekarang ini. (SALAHKAN ORANG).
Macam mana berniaga boleh untung, cara aku menjalankan perniagaan tidak sesuai dalam keadaan ekonomi yang kurang bagus ini. (SALAHKAN DIRI)
Dalam keadaan yang pertama, kita meletakkan diri kita sebagai seorang yang pasrah dan menyerah kepada keadaan. Sebaliknya dalam keadaan yang kedua pula kita meletakkan diri kita dalam kawalan dan akal mula berfikir mencari jalan penyelesaiaan terhadap masalah yang ada.
Sikap suka salahkan orang lain ini berlarutan dalam semua aspek kehidupan termasuk perhubungan. Misalnya, kita salahkan jiran yang tidak faham kita. Sedangkan yang sebenarnya kita yang tidak terlebih dahulu memahami mereka. Kita tidak wujudkan hubungan yang akrab agar mereka ada rasa segan dan hormat pada kita. Kita salahkan anak sebab mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan, sedangkan mungkin kita yang kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran dan persekolahannya selama ini.
Nampaknya, walau pun kita sudah mencapai perlbagai kemajuan dalam hidup, namun lagu Bangau Oh Bangau masih lagi menjadi budaya hidup yang berakar umbi dalam fikiran tanpa disedari. Dalam lagu ini, masing-masing menyalahkan orang lain atas masalah yang menimpanya.
Kini sudah tiba masanya untuk kita sedar bahawa dalam hidup ini orang lain tidak boleh menjadikan kita berjaya selagi kita tidak mempraktikkan apa yang disebut sebagai akauntabiliti. Iaitu bertanggung jawab atas apa yang berlaku serta menerima apa juga kesan darinya. Oleh itu mulai dari hari ini apabila berlaku sahaja sesuatu perkara yang kita tidak suka, atau hajat tidak kesampaian, maka salahkan diri sendiri dan fikirkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki diri lalu bertindak dengan cara atau pendekatan yang berbeza. Barulah hasilnya juga nanti berbeza.
Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Mentor Motivasi Anda

Berikan Komen Anda Di Sini:
JuzQ30
Dapatkan Produk Minda Terbaru JuzQ30 yang diformulasikan oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad. Produk ini khusus untuk menyuburkan sel-sel otak, meningkatkan daya fokus dan tumpuan, menstabilkan frekuensi minda, memberikan ketenangan dan mampu mengawal emosi, terang hati, melembutkan hati yang degil, mudah faham, cepat ingat dan ligat berfikir, meningkatkan semangat belajar, memudahkan hafalan dan membantu melancarkan perjalanan darah.
Untuk maklumat lanjut hubungi 012-2324622 atau 013-4334622.
Boleh juga layari http://www.tengkuasmadi.com/jus-minda-juzq30.html