Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
  • Utama
  • Motivasi Alihan Pelajar
  • NLP4Students
  • NLP For Business
  • Kursus Pekerja
  • Blog
  • Hubungi Saya
  • JuzQ30
  • Buku
  • Profil Saya
  • BukuPowerParenting
  • BusinessPrivacy
  • joinemailparenting
  • ebookpercuma
  • Product
  • Buku Mudahnya Mendidik

Apa beza jin, syaitan dan iblis?

2/8/2011

Comments

 
Satu soalan yang mudah tetapi ramai yang keliru.  Bagi makhluk yang berakal, Allah s.w.t hanya mencipta jin, manusia dan malaikat.  Bapa kepada manusia adalah Nabi Adam a.s dan bapa kepada jin adalah Jan.  Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij ).

Malah jin telah diciptakan dahulu sebelum diciptakan manusia seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Hijr ayat 26 hingga 27, yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas."  Sebab itulah jin telah terlebih dahulu menghuni bumi sebelum manusia.  

Iblis juga adalah dari keturunan jin yang bernama Azazil.  “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin…” (Al-Kahfi: 50)
Azazil merupakan ketua para malaikat di langit dan mengajar para malaikat.  Ia digelar iblis, yang dilaknat, setelah engkar untuk sujud kepada Nabi Adam a.s lalu Allah SWT murka.  Hakikat penciptaan iblis yang dicipta dari api sama seperti jin ini disebut dalam al-quran iaitu dalam Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.Bermakna yang Allah ciptakan hanyalah jin, manusia dan malaikat.  Dalam satu hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Bagaimana pula dengan syaitan?  Syaitan bukannya makhluk tetapi sebaliknya adalah sifat.  Sama seperti apabila kita menyebut perkataan munafik, ia adalah sifat.  Syaitan adalah merujuk kepada sifat kejahatan.  Sebab itulah dalam surah An-Nas kita meminta berlindung dari Allah daripada syaitan-syaitan di kalangan jin dan manusia.  Maknanya, syaitan ini boleh terdiri daripada jin dan juga manusia.  Oleh itu usah keliru lagi.  Ramai yang silap, keliru dan tidak faham selama ini.


Sekian.
Comments

    Author

    Dr. Tengku Asmadi adalah seorang penulis, 'public speaker' dan motivator.

    Archives

    March 2019
    October 2017
    May 2016
    November 2015
    September 2015
    July 2015
    June 2015
    June 2013
    April 2013
    June 2012
    April 2012
    March 2012
    November 2011
    August 2011

    Categories

    All
    Doa Dan Amalan
    Dunia Pelajar
    Keluarga
    Motivasi Diri
    Rawatan Islam
    Tip Mendidik Anak

    RSS Feed

Designed by Team MAP Training - 013 433 4622