Ditulis oleh:
Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
[email protected]
Artikel ini pernah diterbitkan oleh Majalah ANIS, terbitan Galeri Ilmu
Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
[email protected]
Artikel ini pernah diterbitkan oleh Majalah ANIS, terbitan Galeri Ilmu
Sewaktu kecil, anak-anak sangat gemar membaca komik dan menonton televisyen yang berkaitan dengan superhero. Ada yang mahu menjadi Superman, Spiderman, Ultraman, Batman, Ironman, Power Rangers dan seumpamanya. Watak-watak ini hidup dalam ilusi dan fantasi minda mereka hingga terbawa-bawa dalam mimpi dan membentuk tingkahlaku mereka.
Apabila diri semakin membesar, mereka mula mengerti bahawa watak-watak hero itu bukanlah watak yang benar. Mereka mungkin masih meminati, tetapi tidak lagi terikut-ikut. Mereka sudah dapat bezakan antara realiti dan fantasi.
Namun, mereka tetap memerlukan seorang hero yang boleh dicontohi. Ketika itu, mereka mula melihat ahli sukan. Nama-nama seperti Ronaldo, Messi, Lee Chong Wei, Tiger Wood, Nicol Ann David, Azizul Hasni, Michael Jordan, Usain Bolt seumpamanya mula meniti di bibir anak-anak bergantung kepada bidang sukan mana yang mereka cenderung. Ketika itu juga, anak-anak mula dimomok-momokkan oleh media tentang kehidupan dan glamer para artis dan anak-anak mula minat pula pada artis dan ada yang mahu jadi seperti mereka.
Persoalannya, dimanakah letaknya Nabi Muhammad SAW atau para sahabat di ruang hati anak-anak ini? Bagaimana pula dengan ibu bapanya, tidakkah mereka nampak kita sebagai ibu bapa adalah hero sebenar yang sanggup berkorban wang, masa, tenaga, perasaan, malah nyawa untuk mereka?
Selama 20 tahun melibatkan diri menjalankan kursus motivasi untuk pelajar, saya pernah meminta anak-anak menulis nama-nama model ikutan mereka. Iaitu orang yang mereka kagum, bangga dan mahu jadi seperti mereka. Saya minta mereka senaraikan lima nama. Menariknya, dalam senarai itu, 15% sahaja yang meletakkan nama Nabi Muhammad SAW, 10% sahaja yang menulis nama ibu atau ayah mereka, dan tidak seorang pun yang menulis nama para sahabat. Yang banyaknya, mereka memilih nama ahli sukan, tokoh, jutawan, ahli sains dan artis. Menariknya, mereka yang menulis nama Nabi Muhammad SAW itu, 90% datangnya daripada sekolah aliran agama.

Maka tidak hairanlah apabila kes juvana dan gejala sosial semakin parah, masalah disiplin dan akhlak negatif semakin membarah. Sebab dalam minda anak tidak wujud Allah dan Nabi. Minda anak-anak sudah diracun oleh Yahudi dengan watak-watak superhero palsu dan model ikutan yang membawa kepada kejayaan duniawi semata-mata.
Sebagai ibu bapa, kitalah yang harus dipersalahkan dan mesti membetulkan keadaan ini. Kita perlu tanam Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam minda dan jiwa anak-anak. Kita sendiri juga perlu dilihat sebagai hero, malah ‘Superhero’ di mata anak-anak.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil mulai sekarang:

- Sejak dari kecil lagi, bacakanlah dan ceritalah pada anak-anak kisah-kisah Nabi dan Rasul, Sirah Nabi Muhammad SAW, kisah para sahabat dan ulamak silam. Ceritakan betapa hebatnya perjuangan, perjalanan hidup dan pemikiran mereka ini. Jadikan cerita-cerita ini sebagai bahan sebelum tidup bagi melelapkan mata anak dan biarlah mereka bermimpi dengannya. Anak-anak kita bergantung kepada apa yang didedahkan padanya. Minda mereka menyerap segala info, dan jika ia dilakukan dalam usia kanak-kanak, cerita-cerita ini akan kekal dalam minda bawah sedarnya.
- Belikan anak-anak buku-buku dan komik berkaitan dengan Nabi, Rasul, Para Sahabat, Ulamak, Tokoh-tokoh Islam dan seumpamanya. Dulu, buku-buku seperti ini memang sukar diperolehi tetapi kini ia mudah dibeli. Masuk sahaka ke toko buku Islam, pasti ada.
- Cipta watak seorang ‘Superhero’ muslim. Sudah sampai masanya pihak media yang mahir dalam animasi dan komik mencipta watak seperti Goku dalam siri Dragonball bagi mengantikan watak-watak ‘Superhero’ barat dan Yahudi. Jika kita terkekang dengan cerita-cerita Nabi dan Para Sahabat sahaja maka ceritanya pastilah perlu sahih dan tidak boleh diada-adakan. Tetapi apabila kita cipta satu watak ‘Superhero’ muslim yang baru maka jalan ceritanya tidak terbatas kerana ia hanyalah rekaan semata-mata tetapi memiliki unsur-unsur serta jalan cerita yang sangat menarik. Ditambah pula dengan pelbagai nilai murni yang boleh diterapkan dalam penceritaan itu nanti.
- Setiap kali memuji kelakuan baik anak atau pencapaian cemerlangnya, maka tutuplah dengan kata-kata berikut, “macam inilah baru Nabi sayang dan Allah suka”. Setiap kali kita berkata begitu, ia akan tersemat dalam hati anak dan tersemat di sanubari mereka. Apabila kata-kata ini diulang setiap hari dan ribuan kali, ia tertanam dalam minda bawah sedar. Setiap kali terfikir sahaja mahu melakukan perkara buruk, maka ketika itu juga anak teringat akan Allah dan Rasul lalu membatalkan niat hati yang tidak elok itu.
- Ibu bapa juga perlu ceritakan kisah-kisah mereka sewaktu kecil dan kisah-kisah kejayaan mereka sendiri kepada anak-anak. Dengan cara ini anak akan nampak kehebatan ibu bapanya. Kita mungkin pernah dapat anugerah, memenangi pertandingan, mewakili sekolah, dipuji guru dan sebagainya. Cerita-cerita ini pasti seronok apabila disampaikan pada anak-anak. Tanpa kita sedar, anak-anak akan ambil cerita itu sebagai inspirasi buat diri mereka sendiri. Ini sangat membantu mereka membuat keputusan. Misalnya, apabila guru bertanya, siapa yang mahu mewakili sekolah dalam satu pertandingan maka ketika itu anak kita tanpa ragu akan angkat tangan dan menawarkan dirinya. Sebab dia tahu, ayahnya juga dulu begitu.
- Tutup kelemahan diri apabila anak ada bersama. Tidak dinafikan sebagai manusia normal, ibu bapa juga punya banyak kekurangan dan kelemahan. Tetapi setiap kali bersama anak, tutuplah kekurangan ini sebaliknya tonjolkan kehebatan. Biar anak rasa bangga dan kagum dengan kita.
- Jadilah contoh yang baik bagi anak dengan melakukan apa yang disuruh oleh kita pada mereka. Usah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Apa yang kita cakap, kita buat. Barulah anak-anak lihat kita sebagai ibu bapa yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. Cakap serupa bikin.