Jom sertai kami.. Keahlian adalah PERCUMA
Isi Borang Maklumat Ahli Kelab KADIM
(Komuniti Anak Darul Iman Malaysia)
Komuniti ini diwujudkan pada 10 Jun 2016, 6.45 pagi, selepas Subuh, bersamaan dengan 5 Ramadan, 1437 hijrah, oleh pengasasnya Y.M. Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, A.M.T.
Dalam tempoh tiga bulan penubuhannya, KADIM telah berjaya mengumpulkan hampir 19,000 ahli di facebook dan hampir 5,000 ahli berdaftar. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu yang berada di perantauan.
Dijangkakan dalam masa 1 tahun, keahlian di grup facebook KADIM akan mencecah 50,000 ahli.
Dalam masa yang singkat KADIM telah terlibat dalam beberapa program dan menjalankan pelbagai aktiviti, antaranya:
Kelab Anak Darul Iman Malaysia telah diwujudkan bagi menjalin silaturahim anak-anak Negeri Terengganu terutamanya mereka yang berada di perantauan.
Dipetik dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka:
KADIM ialah kerabat, saudara yg dekat. Sekadim pula ialah seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); .. Kira kita semua Anok Tranung ni adik beradik la ..
Jadi bila kita juper awok-awok kita, kita cakaplah, "Kiter ni kang sekading.." .. kira macam tag line kiter la ..
Dalam Bahasa Arab pula ia membawa maksud Yang Melayan.. macam Yang Berkhidmat la juga jadinya KADIM ini.
Maksud lain KADIM dalam Bahasa Arab ialah 'Memburu Sampai Dapat'. Macam mencapai Matlamat la ni .. wah! Maknanya apabila kita sudah meletakkan satu-satu sasaran, kita pasti berusaha mencapainya...
.
Subhanallah cantiknya maksud. Mari kita sama-sama cantikkan lagi pergerakannya bersama-sama.
Tujuan utama komuniti ini ialah bagi:
Keahlian KADIM ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria berikut:
Untuk pastikan anda tidak terlepas sebarang Info Penting yang mahu disalurkan oleh KADIM kepada ahlinya, maka sila install applikasi TELEGRAM di telefon bimbit anda dan sertai Channel Telegram Komuniti KADIM di sini:
https://telegram.me/komunitikadim
Channel ini hanya untuk komunikasi satu hala. Tidak boleh 'chatting'. Untuk Group Whatsapp pula, ia akan diwujudkan berdasarkan fungsi. Kami akan pecahkan kepada kumpulan kecil agar fungsi setiap group berkesan. Sebab mustahil untuk masukkan beribu-ribu ahli dalam satu grup.
Ada group whatsapp untuk derma, sukarelawan, futsal, parenting, usahawan dan sebagainya. Semua ini diwujudkan dari semasa ke semasa.
Ahli KADIM juga digalakkan untuk sertai grup facebook KADIM iaitu:
https://www.facebook.com/groups/kelabkadim/
Dengan menyertai grup ini maka ahi-ahli dapat berinteraksi antara satu sama lain dan dapat mengetahui perkembangan, aktiviti dan info terkini KADIM.
Akhir sekali, jangan lupa untuk LIKE fanpage KADIM iaitu:
https://www.facebook.com/kadimmalaysia/

- Terlibat dengan Program Kuca Surer anjuran T-Cakna, Terengganu di Bangunan Yayasan Terengganu, Kg. Baru.
- Membuat Majlis Soalat Hajat dan Doa Selamat atas penubuhan T-Cakna.
- Terlibat dengan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Terengganu
- Menganjurkan Majlis Silaturahim dan Potluck Raya untuk ahli KADIM
- Terlibat dengan Majlis Rumah Terbuka Raya bersama YAB Menteri Besar Terengganu yang berjaya menarik lebih daripada 20,000 kehadiran di Putrajaya.
- Menganjurkan Boling Merdeka KADIM
- Menziarahi dan memberi sumbangan kepada ahli KADIM dan anak Terengganu yang sakit dan memerlukan bantuan.
- Terlibat dengan Majlis Pelancaran T-Cakna anjuran Kerajaan Negeri Terengganu
- Penubuhan Kelab Bolasepak KADIM iaitu KADIM FC.
Kelab Anak Darul Iman Malaysia telah diwujudkan bagi menjalin silaturahim anak-anak Negeri Terengganu terutamanya mereka yang berada di perantauan.
Dipetik dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka:
KADIM ialah kerabat, saudara yg dekat. Sekadim pula ialah seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); .. Kira kita semua Anok Tranung ni adik beradik la ..
Jadi bila kita juper awok-awok kita, kita cakaplah, "Kiter ni kang sekading.." .. kira macam tag line kiter la ..
Dalam Bahasa Arab pula ia membawa maksud Yang Melayan.. macam Yang Berkhidmat la juga jadinya KADIM ini.
Maksud lain KADIM dalam Bahasa Arab ialah 'Memburu Sampai Dapat'. Macam mencapai Matlamat la ni .. wah! Maknanya apabila kita sudah meletakkan satu-satu sasaran, kita pasti berusaha mencapainya...
.
Subhanallah cantiknya maksud. Mari kita sama-sama cantikkan lagi pergerakannya bersama-sama.
Tujuan utama komuniti ini ialah bagi:
- Mengenali antara satu sama lain dan menjalin silaturahim melalui pelbagai aktiviti sama ada secara online atau aktiviti luar.
- Meningkatkan ekonomi anak-anak Negeri Terengganu dengan menyokong perniagaan yang dijalankan oleh mereka, menjalankan bengkel-bengkel atau seminar keusahawanan, membantu mencari sumber modal atau pinjaman, membina jaringan (networking) sesama mereka dan menyediakan database perniagaan untuk rujukan ahli dan orang ramai.
- Menjaga kebajikan anak-anak Terengganu di perantauan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang sakit atau ditimpa musibah dengan mewujudkan tabung sumbangan kilat bagi meringankan beban mereka.
- Menyalurkan apa-apa maklumat yang ada daripada kerajaan negeri Terengganu kepada anak-anak Terengganu di perantauan agar mereka tahu apa kelebihan atau keuntungan yang boleh mereka perolehi dari semasa ke semasa.
- Lain-lain aktiviti yang dirasakan sesuai.
Keahlian KADIM ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria berikut:
- Mereka yang lahir di Negeri Terengganu Darul Iman
- Ibu atau Ayah mereka adalah anak kelahiran Terengganu Darul Iman
- Mereka yang berkahwin dengan anak kelahiran Terengganu Darul Iman
- Mereka yang Daftar Pemilih di Negeri Terengganu Darul Iman
Untuk pastikan anda tidak terlepas sebarang Info Penting yang mahu disalurkan oleh KADIM kepada ahlinya, maka sila install applikasi TELEGRAM di telefon bimbit anda dan sertai Channel Telegram Komuniti KADIM di sini:
https://telegram.me/komunitikadim
Channel ini hanya untuk komunikasi satu hala. Tidak boleh 'chatting'. Untuk Group Whatsapp pula, ia akan diwujudkan berdasarkan fungsi. Kami akan pecahkan kepada kumpulan kecil agar fungsi setiap group berkesan. Sebab mustahil untuk masukkan beribu-ribu ahli dalam satu grup.
Ada group whatsapp untuk derma, sukarelawan, futsal, parenting, usahawan dan sebagainya. Semua ini diwujudkan dari semasa ke semasa.
Ahli KADIM juga digalakkan untuk sertai grup facebook KADIM iaitu:
https://www.facebook.com/groups/kelabkadim/
Dengan menyertai grup ini maka ahi-ahli dapat berinteraksi antara satu sama lain dan dapat mengetahui perkembangan, aktiviti dan info terkini KADIM.
Akhir sekali, jangan lupa untuk LIKE fanpage KADIM iaitu:
https://www.facebook.com/kadimmalaysia/
Borang Maklumat
Tanpa Maklumat Tepat, kita tidak dapat berhubung antara satu sama lain.
Jaringan yang hebat hanya terbina hasil daripada ukhuwwah yang mantap. Oleh itu masukkan maklumat yang diperlukan agar kami dapat sentiasa berhubung dengan tuan puan.
Kami perlukan maklumat bisnes yang anda lakukan untuk kami bantu promosikannya kepada ribuan ahli KADIM. Oleh itu berikan maklumat yang tepat untuk kami bantu anda.
Jangan lepaskan peluang!