Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
  • Home
  • Blog
  • Jus Minda JuzQ30
  • Motivasi Alihan Pelajar
  • Kursus Pekerja
  • Daftar Seminar
  • Hubungi Saya
  • Profil Saya

Assalamualaikum

Laman web ini saya sediakan bagi memberi maklumat kepada pengunjung tentang latar belakang saya; program-program, seminar dan aktiviti saya; buku-buku tulisan saya; dan membaca tulisan-tulisan di blog saya (sila klik tab BLOG untuk membacanya).

Sekiranya anda mencari maklumat tentang kursus dan seminar maka saya sarankan anda mengunjungi laman web rasmi tentangnya iaitu di www.laman-map.com.

Saya juga menggalakkan anda berinteraksi dengan saya melalui facebook saya iaitu facebook.com/drasmadi.  Hampir setiap hari saya meletakkan kata-kata motivasi, doa-doa amalan, kupasan isu-isu semasa dan perkembangan terkini di sana.  Jika anda tiada akaun facebook maka ini masanya untuk membuaka satu akaun.  Ia memudahkan anda berhubung dengan saya.

Di bawah ini saya letakkan juga, video-video terkini yang telah saya sediakan bagi tontonan pengunjung.  Malah dari semasa ke semasa akan saya kemaskinikan ruangan video ini.

Video terkini di youtube


Buku Tulisan Beliau

Picture
Berdasarkan pengalamannya selama lebih 16 tahun menjalankan program Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara dan melibatkan lebih daripada 100,000 pelajar, Dr. Tengku Asmadi telah mencurahkan ilmu dan pengalamannya dalam buku berjudul Motivasi Alihan Pelajar.  Buku ini telah diterbitkan pada Tahun 2007 dan telah dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada tahun yang sama.  Buku ini terbukti telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila terjual lebih daripada 50,000 nashkah dan sehingga kini masih lagi mengungguli carta jualan di syarikat penerbitan PTS.

Buku ini banyak membincangkan tentang masalah pelajar dan cara mengatasi, Prinsip 3S (Sasaran, Strategi, dan Sikap), teknik dan kemahiran belajar berkesan, motivasi diri pelajar, tip-tip mengatasi masalah lupa, mengantuk, belajar berkumpulan,  dan seumpamanya.  Beberapa strategi bagi menghadapi peperiksaan turut dibincangkan.  Malah pelajar akan didedahkan dengan strategi mengurus masa belajar dan tip-tip mengatasi masalah malas.  Ia adalah sebuah buku yang patut dimiliki oleh setiap pelajar di luar sana.


Buku kedua tulisan beliau berjudul Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif yang telah diterbitkan pada Tahun 2009, juga oleh PTS Milennia Sdn. Bhd.  Buku ini telah memenangi tempat pertama Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian dan Popular Bookstore pada Tahun 2009.  Sehingga kini sebanyak 30,000 nashkah telah pun terjual dan masih mendapat permintaan yang menggalakkan dari pembaca.  Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman hidup membesarkan tujuh orang anak dan juga pengalaman menjalankan kursus 'parenting' serta khidmat nasihat yang telah diberikan kepada ribuan ibu bapa di luar sana.  Malah berdasarkan pengalamannya, beliau telah mengendalikan program PERMATA HATI di Radio IKIM.FM selama 5 bulan bermula Mac 2011 hingga Julai 2011 dan rancangan ini telah mendapat sambutan yang hebat.

Antara tip-tip yang dibincangkan adalah bagaimana menjaga kredibiliti, teknik memuji berkesan, cara komunikasi dengan anak-anak, kaedah mendisiplinkan anak, teknik meningkatkan pencapaian akademik anak, peranan ibu bapa menjelang peperiksaan dan banyak lagi.




Picture
Create a free website with Weebly