Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Artikel ini telah ditulis oleh saya dan pernah diterbitkan dalam Harian Metro beberapa tahun yang lalu.

Perkahwinan adalah satu tuntutan dalam Islam. Ia adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dan banyak kebaikan yang akan diperolehi melalui perkongsian hidup melalui perkahwinan ini. Kebaikan pertama ialah melalui perkahwinan tuntutan batiniah dapat disalurkan secara halal. Hari ini kita lihat bagaimana pelbagai penyakit akibat daripada hubungan seks yang tidak halal menular seperti siplis, AIDS dan HIV. Penyakit ini sebenarnya adalah bala yang Allah turunkan kepada mereka yang terlibat dalam perlakuan seks secara haram.
Kebaikan yang kedua pula ialah bagi tujuan penambahan zuriat secara halal. Melalui perkahwinan maka kita memperolehi anak-anak dan seterusnya membentuk satu keluarga yang harmoni. Kasih sayang antara suami dan isteri juga semakin bertambah dengan adanya cahaya mata. Anak-anak ini pula yang akan membahagiakan kedua ibu bapanya, membantu mereka di hari tua, dan meneruskan empayar keluarga yang telah dimulakan oleh kedua ibu bapa mereka.
Kebaikan ketiga pula ialah nikmat perkongsian hidup, iaitu apabila sudah bergelar suami dan isteri maka banyaklah perkara yang dikongsikan bersama seperti masalah, pendapatan, perbelanjaan, dan sebagainya. Apabila suami isteri bekerja maka pendapatan keluarga juga bertambah dan beban dipikul menjadi lebih ringan. Gabungan pendapatan suami isteri juga membolehkan mereka membuat pinjaman bagi memiliki rumah idaman, memulakan perniagaan, dan seumpamanya.
Kebaikan keempat ialah hati menjadi lebih tenang kerana orang berkahwin tidak perlu fikirkan soal yang bukan-bukan. Fokus sahaja pada anak isteri dan usahakan membina sebuah keluarga yang cemerlang. Ganjaran pahala dan kebajikan juga melimpah ruah.

Persoalannya sekarang, kenapa dengan pelbagai bentuk kebaikan yang boleh diperolehi melalui perkahwinan namun perkara yang sebaliknya pula berlaku? Kadar penceraian semakin meningkat setiap tahun. Menurut sumber Jakim, tiga pasangan Islam bercerai setiap satu jam di Malaysia. Malah pelbagai isu pernah dipaparkan oleh media tentang penceraian yang berlaku dalam usia perkahwinan yang singkat. Ada penceraian yang berlaku dalam tempoh baru beberapa hari atau beberapa minggu berkahwin.
Kes-kes juvana dan gejala sosial juga semakin meningkat dan antara punca utamanya ialah keluarga yang bercerai dan berpecah belah. Tiadanya kebahagiaan, kasih sayang, perhatian dan masa oleh kedua ibu bapa membuatkan anak-anak mencari jalan keluar dengan melakukan perkara-perkara yang merosakkan masa depan mereka sendiri.
Sebab itulah persediaan yang mantap perlu dilakukan sebelum mendirikan rumah tangga dan proses belajar perlu diteruskan meski pun sudah berkahwin. Kalau bakal pengantin boleh menghabiskan masa, tenaga dan wang berbulan-bulan menyediakan segala keperluan untuk menjadi Raja Sehari maka kenapa tidak melakukan pengorbanan yang sama agar segala usaha itu berakhir dengan kebahagiaan hingga ke anak cucu. Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang ditakdirkan tetapi ia sesuatu yang dicari dan diusahakan. Jika sudah diusahakan sebaik mungkin namun belum juga bahagia maka barulah boleh dikatakan sebagai sudah takdir atau sudah bukan jodoh.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan bagi mencari bahagia dalam sebuah perkahwinan:
1) Persediaan Kewangan.
Perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah. Ia bukan bertujuan bagi menghalalkan hubungan semata-mata. Sebaliknya, keperluan memberikan nafkah zahir perlu dilakukan sebaik-baiknya. Kalau pendapatan tidak menentu dan kecil, maka niat untuk berkahwin perlu difikirkan semasak-masaknya. Bagaimana mahu menanggung isteri dan anak-anak nanti. Sebab itulah, perancangan kewangan perlu dilakukan sebelum berkahwin bukannya selepas berkahwin. Jika pendapatan kecil, carilah cara untuk menambah pendapatan melalui pelbagai cara yang halal. Orang berniaga nasi lemak dan pisang goreng pun boleh hidup senang apabila perancangannya betul. Yang penting ialah kemahuan.
Perkara kedua ialah tentang duit hantaran dan perbelanjaan kahwin. Kalau sampai terpaksa menanggung hutang, buatlah kerja nikah kahwin dengan cara yang sederhana dan bersesuaian dengan kemampuan. Ada yang hutang kahwin belum habis dibayar tetapi sudah pun bercerai.
2) Persediaan Mental.
Setiap perkahwinan sentiasa ada pergolakkannya. Bak kata P. Ramlee, “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Perselisihan pasti lebih banyak berlaku diawal usia perkahwinan kerana ketika itu masing-masing dalam proses mengenal dan memahami hati budi pasangannya. Waktu bercinta memanglah berbeza sebab segala kelemahan diri tidak ditunjukkan secara nyata. Tetapi apabila sudah tinggal serumah dua puluh empat jam sehari barulah kita nampak apa yang tidak kita ketahui selama ini. Sebenarnya itulah nikmatnya berkahwin, dapat menyelami, memahami dan menyesuaikan diri dengan pasangan kita. Perkahwinan adalah satu proses saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang kurang pada pasangan maka kitalah yang tambah. Misalnya, kalau isteri seorang yang boros maka suami ada dua jalan iaitu kena lebih bijak mencari banyak wang atau kena pandai berjimat cermat dan menasihati isteri. Kalau dua-dua boros alamatnya lingkuplah.
3) Memahami Pasangan.
Bukan senang untuk kita memahami pasangan yang berlainan ini. Orang lelaki biasanya berpandangan lebih jauh, keputusan lebih logik dan rasional, kurang menceritakan masalah, tidak suka menunjukkan kelemahan diri, egonya lebih tinggi dan lebih bersifat menakluk atau autokratik. Orang perempuan pula fokus kepada masalah harian atau jangka pendek, ingatannya kuat hinggakan perkara 10 tahun yang lepas pun dia masih ingat, mahukan perhatian, perasaannya lebih halus dan peka, keputusan dan tindakan banyak dipengaruhi emosi dan suka bercakap dan bercerita. Kalau kita tidak mampu memahami pasangan maka belajarlah. Banyakkan bertanya, membaca dan hadiri kursus. Belajar daripada pengalaman mereka yang sudah berpuluh tahun berkahwin dan kekal bahagia.
4) Ilmu Keibubapaan.
Adalah penting bagi pasangan mendalami ilmu keibubapaan. Kebanyakan ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak mengikut naluri atau pengalaman silam. Sedangkan ada cara yang lebih baik apabila berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka dapat dididik dengan lebih baik. Cara memuji, menghukum, menasihat, mendengar, menyuruh dan sebagainya perlu dipelajari. Sebab ada kajian yang menyatakan bahawa ibu bapa berkomunikasi kurang daripada 10 minit dengan anak-anak mereka dalam satu hari. Berkomunikasi bermakna berlakunya hubungan dua hala. Jika percakapan hanya satu hala sahaja maka itu bukanlah cara berkomunikasi yang berkesan. Akibatnya, anak-anak membesar menjadi seorang yang degil, memberontak, bermasalah, malas dan seumpamanya.
5) Persediaan Emosi.
Pasangan perlu lebih sabar dan berkasih sayang sepanjang usia perkahwinan. Apabila tidak sabar maka timbullah pelbagai masalah. Allah SWT telah jelaskan dalam al-quran bahawa isteri dan anak-anak adalah satu ujian. Oleh itu, kesabaranlah sahaja yang membolehkan kita lalui ujian ini semua dengan cemerlang. Ada ketikanya kita perlu tahu cara mengawal kemarahan. Sebab apabila sedang marah, syaitan akan masuk ke dalam aliran darah hingga ke otak dan membuatkan kita mengeluarkan kata-kata kesat dan melakukan tindakan memukul dan menyakitkan pasangan. Begitu juga dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu banyak bersabar. Sebab ada kalanya anak-anak melakukan sesuatu yang membuatkan kita geram dan marah. Namun, kita perlu faham semua kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak hendaklah menjadi guru terbaik buat mereka. Jadi kita perlu sabar mendidik agar anak-anak belajar daripada apa yang mereka lakukan itu. Kemarahan secara melulu membuatkan mereka tidak belajar apa-apa dan berkemungkinan mengulangi kesilapan yang sama dilain masa.
6) Padam Perkataan ‘Cerai’.
Perkataan pertama yang mesti dipadamkan dalam kamus seorang suami adalah perkataan ‘cerai’. Selepas sahaja akad nikah berlaku maka padamlah perkataan tersebut dari minda. Biar apa sekali pun badai atau gelombang yang melanda maka biarlah mahkamah yang menjatuhkan talak bukannya kita. Sebab apabila seorang suami menggunakan perkataan ‘cerai sewenang-wenangnya maka ia akan menzalimi kaum wanita. Usah nanti kita pula yang gila talak apabila sudah terlanjur melafazkan perkataan ‘cerai’ itu. Perkataan cerai adalah satu amanah yang sangat berat yang terpaksa dipikul oleh seorang yang bergelar suami. Banyak implikasi dan kesan daripada penceraian yang perlu difikirkan. Fikirkan masa depan anak-anak dan kesan kecederaan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka.
NOTA: Penulis adalah seorang motivator dan trainer profesional. Ketahui tentang program motivasi beliau melalui blognya www.tengkuasmadi.com atau [email protected]

Jamu Ratus Warisan
memastikan setiap malam
Bagaikan MALAM PERTAMA.
Telefon / SMS / Whatsapp:
012 - 232 4622
013 - 433 4622
Jamu Ratus Warisan Plus dirumuskan khas bagi mereka yang ingin menikmati khasiat jamu dengan mudah, cepat dan berkesan.
Jamu Ratus Warisan Plus mengandungi campuran herba-herba asli yang sama dengan Jamu Ratus Warisan jenis serbuk. Bezanya ialah Jamu Ratus Warisan Plus telah diekstrakkan yang mana hanya PATI herbanya sahaja diambil dan hampasnya dibuang. Maka kerana itu insyaALLAH Jamu Ratus Warisan Plus lebih berkesan.
Dalam sacet-sacet Jamu Ratus Warisan Plus, ditambahkhasiat lagi dengan bahan-bahan hebat seperti di bawah:

- madu lebah
- bunga Za'faran
- garam bukit